Bab 3
Ringkasan Minggu Kedua
Tiga benda besar berlaku minggu ini.
Satu: Korang belajar menggulung untung. Untung Minggu Ini berpindah ke Untung Terkumpul, dan baris minggu ini dikosongkan. Stok Akhir juga bergulung jadi Stok Awal.
Dua: Korang belajar dua jenis hutang. Hutang Pinjaman datang dari duit, jangka panjang, ada faedah. Hutang Pembekal datang dari barang, jangka pendek, tiada faedah.
Tiga: Korang belajar bahawa harta yang banyak bukan bermakna kaya. RM570 di sebelah kiri, tetapi hanya RM250 yang betul-betul milik korang.