Bab 1 ยท Pelajaran 1.6
Jual Burger
Inilah saat pertama dalam buku ini di mana korang betul-betul merasai apa maksud "balance sheet". Korang tidak menerima nombor dari orang lain. Korang yang buat, korang yang tahu kenapa ia mesti sama.
Berhenti kejap. Betul-betul berhenti.
Korang baru sahaja selesaikan masalah perakaunan yang sebenar. Korang jumpa harta lebih besar daripada hak, dan korang cari sebabnya, dan korang betulkan. Ini kerja seorang tauke.
Korang dah berhak dapat satu tepukan. Serius. Tepuk.
Istilah Keempat Belas: TEMPOH PERAKAUNAN
Kita tulis pada baris untung tu "Untung Minggu Ini". Kenapa?
Sebab korang tak boleh guna perkataan "untung" tanpa tahu untung selama mana.