Bab 1 ยท Pelajaran 1.6

Jual Burger

Istilah Kesepuluh: JUALAN

JUALAN (Sales) ialah nilai barang atau perkhidmatan yang korang serahkan kepada pelanggan.

Istilah Kesebelas: KOS BARANG DIJUAL (COGS)

KOS BARANG DIJUAL (Cost of Goods Sold, singkatan COGS) ialah kos bahan yang benar-benar digunakan untuk menghasilkan barang yang telah dijual.

Titik penting: yang dijual sahaja. Bukan semua yang korang beli.