Pengenalan

Cara Guna Buku Ni

Berhenti. Tutup buku kejap. Fikir jap. Lepas tu baru baca jawapan di baris seterusnya.

Setiap kali jumpa kotak besar dengan tanda macam ni:

Rule #1

HARTA SENTIASA SAMA DENGAN HUTANG TAMBAH MODAL!

Itu hukum yang kena hafal sampai mati. Setiap bab ada rule sendiri, dan setiap rule datang dalam kotak bernombor. Tampal terus kat dinding gerai korang.

Dan setiap kali jumpa arahan macam ni:

Tutup mata kejap. Tarik nafas dalam-dalam.

Jangan gelak. Buat. Buku ini bukan setakat nak bagi korang faham. Dia nak korang ingat sampai bila-bila.